Archive for October, 2009

h1

selamat datang dunia..

October 19, 2009

terima kasih kepada sepupuku, razif (ajib) dan rose kerana menghadiahkan anak  buah untuk aku. walaupun aku dah ramai anak buah dari belah bapak aku, tapi dari belah mak aku ni, inilah anak buah yg first. aku rasa amat special sebabnya.. aku akui aku mmg lebih rapat dgn family belah mak aku, compared dgn belah bapak aku.

tambahan plak aku dgn ajip mmg ada special bond dari kecik lagi, kira dia cousin aku yg paling rapat.. which makes it even more special..

tahniah ajib atas kelahiran puteri pertama anda.

tahniah lagi ajib..  kerana telah menerbitkan rasa ingin kawin n settle down dalam hati aku yg dah lost hope ni :p seriously, sebelum ni aku tak pernah rasa camni.. tapi bila aku tatap gambar kat bawah ni.. terus membuka semangat baru yg membuak2.. hehe (nak jugakkk pakai ayat membuak2.. hahaha)

bart

dear.. Nur Khaireen Bartisya.. eventho we havent met yet, but uncle sayang kamu sangat sangat

h1

people skills

October 16, 2009

finally weekend is here again..

weekend aku starts early, coz esok ari jumaat dah takde kelas.. but im still left with a couple of assignments and presentation work. tiap2 minggu ada presentation.. public speaking n all. letih lorr.. aku rasa mmg diorang nak train betul2 sesaper yg amik course engineering management ni. aspect teamwork and presentations mmg priority. aku nak ngumpat cerita jap pasal groupmate aku. so mana2 yg tak nak dengar tu tutup telinga ek.. eh bukan, tutup mata. atau lebih bagus lagi tekan button X kaler merah kat hujung atas belah kanan tu.. kalau korang decide nak baca.. maknanya korang dah masuk la dalam geng mengumpat aku.. muahahaha.. padan muka korang.

groupmate aku ada lapan orang. sorang ni mamat thailand. biarlah aku bagi nama dia as C. C ni ada experience 2 tahun jadi network engineer kat thailand. C ni dok off campus dgn kengkawan thailand dia. dia ni pandai masak. dia keje part time kat restaurant siam kat area sini. dia penah janji one day dia nak datang masak tomyam kat flat aku, so aku mmg tunggu2 je ni.. mamat C ni otak dia pickup.. bijak.. tapi problem dia part communication. sebab org thailand ni ckp english pelik skit. and then dia a bit slow kalau nak cakap something.. maybe dia tgh carik the right word utk expresskan ape dia nak cakap tu. tapi antara groupmate aku yg lain2.. aku paling suka dia ni sebab aku nampak any task yg kitorang assign kat dia, dia buat sungguh2. walaupun dia tak tau, dia akan cari info camner nak buat, then dia rajin tanya. bagus bagus… berbeza plak dgn sorang lagi groupmate aku yg nama dia…

…R. R ni dari arab saudi. mamat arab saudi ni mmg loaded nak mampos. pegi town yg 20 minit jalan kaki bole sampai pun, dia nak naik teksi hitam bayar gbp15 (RM90). kat bilik dia ada fridge sendiri, ada flat screen tv 36 inci. ada nintendo wii. ada mcm2 lagi lah.. R ni walaupun dari arab saudi tapi dia pelik skit. aku pernah kantoikan dia makan macdonald, hehe. dia kata kat aku rasa daging kat sini, sama je cam kat arab, so takde difference between daging halal kat arab, dgn daging kat sini. aku sengih jer, walaupun dalam hati aku cakap “kepala hongkong engkau definisikan halal camtu”.. dari segi keje, R ni aku tak berapa berkenan skit. kalau nak citer dari awal.. sorg member aku kat sini nama irman pernah cakap kat aku. jangan satu group dgn mamat arab.. sebab mamat arab ni suka cakap banyak.. tapi work rate dia hampeh. selepas dah keje a few times dgn R ni baru aku dapat rasa ape yg irman cakap tu betul. malangnye, aku accept juga join group ni atas sebab invitation sorang lagi groupmate aku yg nama dia..

…S. S ni minah british. minah ni memang dalam kategori hot babe kepowfff kepowfff.. sama tinggi dgn aku, part time model, ex aviation engineering degree dari univ ni jugak. S ni share tarikh lahir sama dgn aku walaupun tahun yg lain, nanti dia nak ajak aku celebrate bday sekali. aku respect si S ni sebab walaupun umo dia muda (dia baru 23 ye).. dia dah achieve macam2. infact, dia ada license utk fly kapal terbang. aku anggap S ni cam adik aku sendiri (nothing more and nothing less ye).. sebab dia muda, perangai dia pun cam tgh in transition lagi antara perangai budak2 dan org dewasa. and dia suka joke around a lot, which is sometimes a bad thing too sebab dia ni susah nak concentrate lebih dari sejam.. lepas sejam mula la dia buat perangai.. main2 lah, wat lawak bodo lah. tapi aku suka dok sebelah S ni dalam kelas sebab dia ni tokan biskut, chocolate, sweets, etc. so mulut aku sentiasa mengunyah jer la.. S dah janji dgn aku nanti one day dia akan jadi model photography aku tanpa gaji sebab aku nak test amik gambar potrait yg masyuk2.. so korang tunggu je lah one day tu.. siap gambar nanti aku up kat facebook. Sorang lagi groupmate aku yg ada similarity dgn S ialah…

…F seorang warga brit jugak. F ni walaupun study full time, dia still terikat dgn kerja lagi. so dia selalu lambat datang kelas sebab dia akan travel ke univ dari opis. mamat ni rider, bawak superbike CBR yg baru tu. dia keje bahagian hartanah, so aku pun pelik kenapa dia amik engineering management. satu lagi yg aku discover pasal F ni.. dia ni hardcore Spurs fan.. confirm la musuh ketat aku kan.. Huhhh~!!!! damn yewww..!!! aku dgn dia selalu joke around kutuk team each other in a friendly way. anyway, aku suka mamat ni time discussion sebab idea dia boleh pakai. tapi part tak suka nye lagi banyak sebab mamat ni takleh bagi commitment 100%. kalau time discussion, kejap ada.. dan selalu takde. tu yg aku dan groupmate2 aku yg lain tu hangin tu. susah la ini macam kawan.. kesian la kat groupmate ko yg lain.. bukan nye kitorang tak faham yg ko keje, tapi at least jgn amik mudah dgn alasan itu. kalau dah tau ada commitment keje during weekdays, at least time weekend tu, make an effort la sikit utk catch up progress dgn groupmate yg lain.. huh..

tapi aku tau, in the end.. walau camner pun org tu.. aku kena accept. semua orang ada kelebihan dan kekurangan dia. termasuk lah aku. maybe kekurangan aku ni ialah aku banyak nyebok kutuk orang.. tapi aku pun sama or even worse.. hahaha.. tapi korang bukan tau pun aku ni sama ke tak kan.. so aku bebas lagi la dari sebarang prasangka sekarang ni, heh..bila aku fikir balik, aku rasa bagus jugak cabaran ni, sebab benda2 mcm ni akan bagi kita people management experience.. macam mana nak tackle dgn work team kita yg macam2 perangai and cara kerja yg berbeza. kita akan cari jalan mcm mana nak handle orang tu in the right way, so that dia boleh contribute to the team efficiently.

even kalau time kita keje pun, dalam division or department kita, kita takleh expect team member kita semua perfect, cooperative, bijak dan sebagainya. so kita sendiri kena bijak nak handle situation so that the final work will be a positive output. bak kata ex-bos merangkap general manager GBD aku dulu: “to follow through the principle of KPI (key performance indicator).. only the result matters.. and not the reasons. its your job and responsibility to tackle any obstacles in any way possible if you want to achieve a final positive results.

kesimpulannya kat sini.. different people have different triggers to pull, so that they can work their way up to our expectations. so jgn cepat marah and give up dgn org yek :)

p/s: i can find millions of reasons why this place is better than home in many aspects.. but still, i like home better.. antara sebabnya.. mamak takde plak memalam buta ni.. hampeh betul~!!!! lapa giler ni wehhh… im out of tidbits~!!!

P1010353

with some of the guys during a trip to Oxford Uni town center

h1

occu-patient

October 12, 2009

sebelum aku jadi student ni, aku pernah keje.. 5 tahun.. sepintas lalu je lima tahun tu berlalu, tapi kalau aku renung balik.. kira lama gak tuh.. sesungguhnya aku rindu nak kerja, aku rindu suasana kerja.. aku rindu bila tiap2 malam tak payah risau pasal study, exam, assignments bagai.. dan yang paling penting.. aku rindu bila akhir bulan tenyeh2 kat screen just only to discover gaji dah masuk :p (hehe)

aku berenti keje sebulan sebelum aku datang sini. hari terakhir keje tu adalah hari yang agak emotional, sebab selama ni itulah hidup aku. mungkin bagi setengah orang, keje itu membebankan. keje kerana terpaksa. kalau tak, anak bini tak makan. tapi bagi aku, aku enjoy keje aku. sampai tahap, pernah kalau hari sabtu, aku cepat2 doa hari isnin cepat datang sebab aku tak sabar nak gi opis. actually banyak giler life lesson yg aku belajar kat situ dan bukan setakat professional lesson jer. experience do teach us a lot. experience itu jugak yg bagi aku confidence untuk sambung belajar dalam bidang yg aku rasa tak banyak lari dari bidang keje aku.

aku ingat lagi hari pertama aku bergelar penganggur, aku jadi blur giler. walaupun kat umah, selang setengah jam aku check email keje. rindu nak dapat email pasal keje (yes i truly am a work freak before this). aku tgk tv pun rasa tak best. aku nak kuar pun rasa takde mood. aku terfikir, camner la bapak aku time mula2 pencen dulu. wajib mati kutu nye tak tau nak wat ape. tapi sekuat semangat aku nak kembali kerja, takde la sampai aku nak cari keje part time sementara sebulan tu.. hehe.. (bulan puasa.. baik aku latih diri aku untuk banyak tido, practice makes perfect whattt… hahaha)

tapi saat paling sedih, bukan time hari aku terakhir keje tu.. actually saat paling sedih bila a few days sebelum aku fly, email “aku@companyakukeje.com.my” ditamatkan. aku takleh login kat outlook under email aku yg telah aku gunakan selama 5 tahun. sedih dia, cam aku rasa aku ni dah kena buang keje.. macam aku rasa diorang kat office tu semua dah lupakan aku (sob..sob..). mcm hasil usaha aku nak jayakan sesuatu project tu dilupakan terus.. (isk..isk..)

tapi takpelah.. when reality checked in, aku tau ini jalan yg aku pilih. i am the one that hold responsibilities of my own life. although i know, i am taking a big risk in life. dengan keadaan economic downturn nye.. dengan keadaan susah dapat keje nye.. dgn statistik jumlah penganggur kat malaysia yg sentiasa meningkatnya.. dgn keadaan inflation kat malaysia yg cam haram nye.. aku tau aku kena kuatkan mempercayai bahawa rezeki tu datang dari Tuhan.. kita rancang dan usaha.. ada rezeki, ada lah peluang keje utk aku one day bila aku dah abiskan semua ni.

masa aku jumpa ceo aku utk kali terakhir.. dia pesan kat aku.. ‘you can come back at any time and we will always welcome you with open arms’. aku tak tau aku nak rasa terharu ke ape.. coz aku tau.. itu semua uncertain. hati manusia boleh berubah. lagipun mana tau nanti dia bukan ceo dah.. who knows right? (dan mana tau hati aku plak berubah.. aku apply la keje kat tempat lain.. hehe)

kat sini aku planning nak cari keje part time. tapi bila tgk balik workload aku, mcm susah je nak cari part time term ni. maybe ill look for one next term. tak kisah pun keje ape. janji keje yg aku nak buat tu, bukan setakat bole support aku, tapi boleh bagi aku external benefit lain. contohnye: kalau keje kedai makan, dapat makan free. kalau keje saloon, dapat gunting rambut free.

aku tak cam student2 malaysia lain yg kat sini.. banyak budak2 muda yg undergrad yg datang under mara or jpa, dapat sponsorship mara bertimbun2 (lucky them). aku datang sini pakai duit titik peluh sendiri. aku tau betapa penat nye keje nak raise duit sebanyak itu. aku kena jimat.. dan aku kena kerja. kalau aku nak shopping, aku kena kerja lebih kuat. kalau aku nak travel, aku kena kerja lebih-lebih kuat. planning aku, maybe term 2 lepas christmas nanti baru aku betul2 concentrate cari keje balik.

as for now.. aku nak enjoy dulu jadi student. korang doa lah one day aku dapat keje yek.. gaji pertama aku banje korang minum air oren F&N ok :D

selingan: malam tadi filter camera aku pecah :'( hoya pro-1 digital yg solid konon.. crap~!!

selingan: malam tadi filter camera aku pecah :'( hoya pro-1 digital yg solid konon.. crap~!!

h1

the naked me

October 11, 2009

aku tak pernah masak proper sebelum ni. masak tak proper tu, bukan lah aku masak dgn cara tak proper.. contoh nye cam masak sambil tak pakai seluar ker.. masak sambil tido ker.. masak sambil tangan sebelah korek hidung ker..  tapi makanan tu sendiri yg tak proper dalam erti kata lain.. tak berkhasiat. setakat yg aku ingat, aku masak telur goreng, mee meggi (kalau itu boleh dikategorikan memasak la), fries@chips, paling kuat pun aku wat spaghetti (ini pun ex aku yg ajar, tapi kuah dia still pakai preego sauce).

tapi situasi aku sekarang ni mewajibkan aku untuk masak sendiri kalau nak survive. kalau masa muda remaja dulu aku dok kat umah.. aku akan jadi ajk prepare barang2 masak.. potong bawang, sayur itu ini.. etc. tapi bila masuk bab masak, aku terus kena buang keje lalu aku pun terus melepak depan tv. time aku menyewa dok sorg dulu plak, aku biasenye makan luar je tetiap hari. balik je keje, singgah kedai makan memaner, order dan makan sampai lebam, then baru balik umah.

masa memula sampai sini.. aku beli mcm2 rempah & paste. aku beli sayur refrigerated kat tesco sebab nak tahan lama. aku beli ayam kat asda (supermarket jugak mcm tesco & carrefour), pastu aku beli jugak salami (sosej besau2 tu). cubaan pertama aku dulu nak masak tomyam.. so aku pun beli la tomyam paste kat china town. tapi bila dah masak.. takde rupa tomyam langsung.. bagi member aku rasa, dia kata mcm padprik plak.. hampeh betul. dah la nak bangga masak padprik pun tak boleh sebab aku pun lupa ape benda aku letak sampai jadi camtu.

tapi bila dah lama2 masak hari2.. aku rasa cam best plak masak nih. dari minggu ke minggu.. aku dapat rasa improvement dari segi rasa & rupa walaupun aku tak letak hiasan cam potong carrot buat bentuk bunga sebagainya tuh. so finally aku boleh war war kan pada dunia bahawa “Hobi baruku adalah memasak~!!”

aku rasa terhutang budi pada:

(1) mak aku (sebab kecik2 dulu aku selalu jenguk dia masak time tgh lapar)

(2) pada ex aku (sebab dia rajin masak & aku selalu kacau dia masak dulu, plus dia ajar aku masak spaghetti sebab dia kata aku terlalu loser utk belajar masakan melayu.. time tu laaa..)

(3) pada channel AFC kat astro (terutamanya citer Chef at Home, License to Grill & Jamie Oliver the Naked Chef) sebab aku rajin gak tgk citer2 kat situ utk ambil mood lapar sebelum kuar gi carik makan

(4) pada kengkawan flatmate aku sekarang sebab diorang banyak tolong bagi idea camner aku nak improve

(5) pada Nigella Lawson (sebab dia seorang yg amat hot dan pandai masak) inspirational betul~!!

semalam aku try kambing masak kurma, nasib baik jadi. untuk menu harini plak aku masak cantonese style soy chicken. rasa ada.. tapi rupa dia agak fail.. nyiahahaha.. takpe.. there’s always room for improvement.

p/s: teringat aku time sekolah asrama dulu, masak meggi pakai bekas besi letak atas seterika panas yg diterbalikkan dgn support dua batu bata.. creative betul~!

PA125102a

ini cantonese style soy chicken yg tinggal separuh utk malam karang.. separuh lagi dah abis time lunch tadi.. hehe

h1

Hello hello.. mayday.. mayday..

October 8, 2009

Aku sebenarnya contemplating either:

1. nak continue balik blog lama (tapi blog lama aku hidden, blog yg tak hidden blog pasal bola jer pulak)

2. start flickr (tapi skill photography aku baru beginner.. pakai photoshop pun tak reti2 lagi)

3. start photopages (tapi aku tak bole nak bantai mengarang/mengadu kat photopages.. kena letak byk pics jer)

4. start blog baru (more likely choices between the rest, boleh aku suka suki nak mengadu ker, mengarang ker, letak pic ker..)

Final verdict: ===> Start blog baru.. Welkam to “luapahal.wordpress.com”.

aku dah janji dgn diri aku sampai sini nak start blog..

aku dah janji dgn diri aku sampai sini nak start blog..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.